Sunday, 21 May 2017

MAKANAN TERKENAL DI TERENGGANU


MAKANAN
            
Keropok Lekor
Makanan Tradisional yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu. Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu, antara kedai yang popular ialah di Losong dan juga di Seberang Takir. Kalau di Kemaman, anda boleh ke Kg Geliga.





Nasi Dagang
Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.



Ketupat Sotong
Masakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. 


Sata
Sata boleh dikatakan merupakan menu makanan yang menjadi ikon utama kepada daerah Kemaman. Banyak kedai di sini yang menjual sata dan sering menjadi makanan santai di waktu petang.

TEMPAT PENGINAPAN

Grand Continental Hotel Kuala Terengganu


Pemandangan jelas Laut China Selatan dan pemandangan perkampungan nelayan dapat dilihat dari setiap bilik di Grand Continental Hotel Kuala Terengganu. Setiap bilik menawarkan kemudahan penghawa dingin, telefon dengan sambungan terus IDD, TV warna, saluran cerita dan saluran satelit terpilih, kemudahan membancuh kopi/teh, bar mini, pengering rambut dan pilihan bilik bukan perokok. Tetamu dapat menikmati sarapan pagi di Jala Mas Coffee bermula seawal jam 6.30 pagi, dan kemudahan konferens dan bankuet yang cukup lengkap khas untuk tetamu yang berkunjung atas urusan perniagaan. Berhampiran hotel ini, terdapat bangunan-bangunan kerajaan dan tetamu boleh berkunjung ke mercu tanda yang terkenal di bandar ini seperti Masjid Terapung, Pasar Payang dan Chinatown. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Grand Continental Hotel Kuala Terengganu adalah hanya untuk keselesaan tetamu.






























AKTIVITI MENARIK DI TERENGGANU


Bersuka Ria di Taman Tema Air Kenyir


Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir

Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village)



Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah. Gajah di sini memang friendly dan bijak!

Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, MalaysiaHarga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)

BERMALAM DI TENGAH TASIK


Kini, ‘House Boat’ di Tasik Kenyir semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong asing. Anda yang berminat untuk melancong ke Tasik kenyir boleh membuat tempahan penginapan di ‘house boat’ yang telah di sediakan oleh agensi pelancongan.Terdapat pelbagai pakej yang di sediakan. Anda boleh memilih pakej termasuk makan minum dan aktiviti yang disediakan. Antara pengalaman dan kenangan yang masih tersemat di hati penulis adalah tinggal di ‘house boat’. Memang menyeronokkan!

TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU

1. Uptown Kontena Dapo Pata


Dah settle mandi di Pantai Tok Jembal, korang singgah pulak makan di Uptown Kontena Dapo Pata okey. Kalau dekat Pantai Airport tadi korang makan seafood celup tepung, dekat sini memang tak jumpa dah seafood celup tepung. Uptown Kontena ini merupakan tarikan terbaru di Pantai Tok Jembal (bersebelahan je dengan tempat mandi-manda tu) and merupakan tempat makan pesisir pantai hipster yang pertama di Malaysia. Baru beroperasi pada 13 Februari 2016 yang lepas. Terus viral di laman sosial kot.


Antara makanan yang dijual di sini ialah meatball, nasi lemak, sizzling, churros, coffee, takoyaki, soto, kebab dan banyak lagi. Uptown Kontena mengamalkan konsep layan diri, makan di tempat terbuka. Sambil makan, sambil melayan angin pantai segar di Pantai Tok Jembal. Memang best. Dibuka dari 5.00 pm – 2.00 am. So korang lepak la sampai tengah malam pun takda siapa yang marah! =D
                                                                                                                                 


. 2. Taman Tamadun Islam (TTI)


After berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, singgahlah pulak ke TTI. Biasanya orang datang sini nak masuk dalam Monumen Park yang memuatkan kira-kira 22 monumen islam yang terkenal & unik dari 21 negara Asia, European and African. So far, aku belum pernah lagi masuk Monumen Park. Tengok dari luar je sebab bukan minat aku kan. Susah la sikit nak melaburkan duit terhadap sesuatu yang kita kurang berminat hihihi. Kalau ada orang nak belanja, i on saje. =D


taman tamadun islam

3. Pantai Batu Buruk


Lepas shopping buah tangan di Pasar Payang, korang singgah pulak dekat Pantai Batu Buruk. Tak jauh pun Pasar Payang ke Pantai Batu Buruk. Dalam 10 minit perjalanan je dah sampai. Sekarang Pantai Batu Buruk makin best and makin ramai orang. Kedai makan pun dah banyak yang bukak sepanjang pantai. Boleh beli makanan ringan kemudian lepak tepi pantai. Best sungguh boh layan angin pantai Batu Buruk petang hari! Dok nipu nie hehe. Nak datang malam pun boleh. Banyak aktiviti best diadakan di Pantai Batu Buruk nie.


pantai batu buruk


4. Kampung Cina (China Town)

Dah puas menikmati angin pantai di Pantai Batu Buruk, apa kata korang datang pula ke Kampung Cina. Menariknya di Kampung Cina ini ialah terdapat street art di sepanjang laluan and di beberapa bangunan berhampiran Kampung Cina. Korang yang suka bergambar, bolehlah datang ke sini bergambar dengan keunikan street art yang terdapat di Kampung Cina pula.

Aku bab bergambar di street art memang fail sikit. Sokmo tak kreatif haha. Kalau nak datang sini, better datang siang hari lah. Petang dah okey. Kalau datang malam memang tak berapa nampak sangatlah street art. Gambar pun confirm tak cantik sebab kurang pencahayaan kan.




5.  Pulau Warisan (I City Terengganu)


Puas bergambar sakan di China Town, korang singgah pula di Pulau Warisan yang terletak bersebelahan Kampung Cina sahaja. Pulau Warisan merupakan pulau buatan. Kalau nak datang sini, better datang waktu malam sebab boleh tengok view yang cantik dekat sini. Ada pokok i-city sepanjang pulau. Aku sebenarnya dah lama sangat tak datang sini. Biasa datang sini pun lepak-lepak santai malam macam tu jela. Mungkin sekarang dah ada banyak aktiviti yang menyeronokkan dekat sini kot.


pulau warisan


Dengar cerita sekarang ada river cruise pulak yang menyusuri Pulau Wan Man (lokasi TTI & Masjid Kristal). Mesti cantik gila kan boleh cuci mata tengok keindahan waktu malam di Taman Tamadun Islam.


pulau warisan terengganu


SUMBER : http://www.hafizhafizol.my/2016/02/tempat-menarik-di-kuala-terengganu.html




Saturday, 20 May 2017

MAKLUMAT SYARIKAT

KU TRAVEL ENTERPRISE

Address
201 (St Floor), Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000, Kuala Terengganu. Terengganu, Malaysia.

Phone Number
+60192873645

Email
penyu.telur@gmail.com





Wednesday, 10 May 2017

PETA KUALA TERENGGANU

Sejarah

Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.
Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.

MAKANAN TERKENAL DI TERENGGANU

MAKANAN              Keropok Lekor Makanan Tradisional yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan l...